Friday 14 October 2011

Bebelan aku; Masalah Melayu

Kerja seolah akan hidup selamanya tapi beribadat seperti akan mati esok

Berdasarkan pemerhatian aku, aku dapati bangsa Melayu ataupun yg datang dari rumpun Melayu nie mempunyai satu penyakit yg aku rasa susah nak diubah. Setahu aku DrM siap nangis tas rostrum time dia cakap pasai benda nie. Penyakit apakah itu?  Itu lah "MALAS". 

Malas sebenar satu ungkapan bahasa yg agak luas. Masing² ada tafsiran tersendiri. Jadi, most problaly ianya benar utk semua keadaan.

Contoh... kontraktor projek..

Setahu aku, kerajaan dah banyak bagi peluang pada Melayu untuk maju. Bagi projek dan lain². Terutamanya melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB. Alhamdulillah ada yg amik peluang ini dengan baik menjadi ahli niaga dan usahawan yg berjaya. Tp, masalahnya, ada gak yg suka amik untung atas angin. Projek yg kerajaan bagi, depa jual utk harga yg lebih tinggi sikit pada  usahawan Cina. Org Cina (majoritinya) sebenar dah jadi darah daging depa utk berniaga. Mereka (nenek moyang depa) datang dari jauh sehelai sepinggang utk memulakan kehidupan baru. Atas kerajinan dan kesabaran (bersertakan kebijaksanaan) mereka berjaya.

Kontraktor (usahawan) Melayu nie mendapat untung yg tidak seperti mana selpas jual projek pada Cina. Inilah dikenali sebagai Ali Baba. Lepas dapat untung yg tak seberapa (but in actual boleh cecah juta jugak lah..) mereka akan blagak dan merak yg kononnya mereka nie bijak. Pada mereka, barangkali mereka adalah golongan yang "worksmart". Padahal, sebenarnya mereka telah jual satu peluang utk empayar perniagaan mereka..

Projek kerajaan yg dipegang oleh Cina tersebut akhirnya siap. Tp kualiti yg tidak beberapa memuaskan. Kenapa? Kerana menggunakan bahan yg tak berkualiti (sebab nak cover cost). Akibat dari sinilah banyak kita tgk projek kerajaan dikatakan tak berkualiti.  

Hanya kerana Ali Baba. Melayu jual projek. Melayu dapat untung atas angin. Cina buat kerja. Cina guna bahan kualiti kurang bcos budget rendah kerana sebahgian dah disapu oleh Melayu tu. Cina guna untung dari projek tu sebagai modal utk cari projek sendiri dan utk projek sendiri, mereka akan fokus pada kualiti dan efficiency. Nama kontraktor Cina naik, dapat modal untuk dan bina empayar perniagaan. Projek kerajaan yg atas nama Melayu tu kualiti tak bagus. Banyak customer complaint. Kontraktor Melayu tu hilang future projek. Perniagaan bungkus lepas kerjaan tak support sebab hasil dulu hampas. Than bising yg kerajaan pilih kasih, kroni,tak bagi peluang pada bumiputra dan lain².

Untung "Over" dan nak kaya cepat

Yang tadi aku tulis pasai kes or konsep Ali Baba, (or at least itu yg aku paham). Perlu ditegaskan kat sini, bukan semua Melayu macam tu. Cuma majoriti. Aku personally amat respek Cina. Pada aku depa rajin dan bijak. Satu lagi contoh yg aku bagi adalah nak untuk besar dengan cepat.

Contohnya macam nie lah. Kerajaan bagi projek yang katakan RM3 juta. Secara detailnya pulak, dibudgetkan untuk setiap bata utk bangunan tu berharga RM1.50 Kira guna bata merah yg bagus kualiti. Tp, si Melayu nie pandai... Nak untung lebih. Dia tak guna bata RM2.00. Dia guna bata pasir harga RM1.20. Untung atas angin RM0.80.

3-4 tahun lepas bagunan siap, bangunan tu mulalah ada masalah... Masa tu, mula nak glabah. Kira masih nasib baik kalu maslah tu berlaku lepas 3-4 tahun. Kalu berlaku lepas 1 tahun? Apa pun lepas berlaku peritiwa kualiti. Projek tidak lagi dianugerahkan... Hilang lagi future projek. Melayu pun bising yang Melayu tak tolong Melayu. Seriusly, aku pun pikir banyak kali utk cari kontraktor buat kabinet umah aku. Apa taknya, majoriti kontrator Malayu kualiti kerja teruk. Kalu nak minta repair kalu ada problem punya lah liat.

Even dalam kehidupan harian kita pun kita boleh tgk betapa malasnya (sebahagian) Melayu. Malah ada yg kerja dgn Cina tp masih tak sedar dah jadi kuli dan cuba tipu Cina tu. Come on, cuba kerja dgn jujur. Boss Cina dah bagi budget, utk guna bahan berkualiti. Jadi, gunalah bahan berkualiti. Ini tidak, pergi kedai memana, guna bahan murah, than claim ikut harga barang kualiti. Bila kantoi, kena marah dgn boss, boleh pulak dimarahnya boss Cina tu pulak. Adui..

Kena improve

Aku sebenarnya orang luar yang tak arif dalam perkara ini. Tapi aku sedikit sebanyak tahu pasai masalah ini. Aku adalah nobody dapat komuniti Malayu. Aku hanya org biasa. Tapi seriusly aku tension dan sedih bila tgk perangai bangsa aku nie. Banyak lagi yang aku tengok dan dengar. Tak kira yg sanggup jual tanah...

Sifat negatif Melayu ini sebenarnya satu kanser. Kanser inilah yg menutup peluang yg akan datang untuk anak cucu "kita". Kita, Melayu bukannya bodoh. Kat U, aku tgk ramai Melayu yg lagi bijak dari Cina mahupun India. Cuma depa malas. Termasuk aku. 

Berbalik pada isu tadi, Melayu sanggup enjoy sekarang darpada enjoy kemudian. Melayu hanya fikir untuk hidup mudah (untung) dalam 2-3 tahun berbanding lagi 10 tahun yg kekal hingga mati (insya'allah). Jadi, kita Melayu kena pikir seolah-olah kita akan hidup selamanya dan oleh sebab itu kena pikir nak cari untung untuk long term disamping menggunakan cara yg halal kerana, at the same time pikir yang maybe kita akan mati esok.
 

3 comments:

  1. Carilah dunia kerana Akhirat, sbb akhirat akan membatas kehidupan di dunia.

    Jika mencari dunia kerana dunia, memang tiada apa yang menjadi batasan, asalkan dapat.

    Bermaksud, cari lah duit untuk akhirat. Bila dgr ayat macam ni mesti orang akn fikir cari duit ala kadar je. Cukup untuk jaga anak bini Tapi yang sebenarnya, ayat atas tadi menggambarkan kita boleh mencari duit sebanyak mungkin. Cuma macam mana kita cari dan bagaimana kita gunakan itu yang menjadi persoalan. Kalau kita cari Kerana Allah, kita tahu halal atau tak halal duit kita dapat begitu juga dengan cara yang kita gunakan.

    Dari Saidaina Ali R.A, " Harta yang sebenar kamu adalah harta yang kamu berikan kepada orang lain"

    bermaksud harta yang sebenar dicari adalah harta di akhirat. Ramai yang tahu apa nilai harta tapi sedikit je orang yang tahu apa harta yang sebenar.

    Masih ramai lagi orang melayu (islam) yang tak faham lagi apa itu islam. Walaupun mereka faham, mungkin keinginan dunia melebihi akhirat mereka.

    Semoga kita tergolong dalam orang yang diberi rahmatm pertolongan dan petunjuk. Semoga Allah bukakan pandangan melayu yang telah tertutup dengan keindahan dunia.

    May peace be upon you

    ReplyDelete
  2. Tq Hazal utk pendapat.

    Kalu mengikut kefahaman saya, maksud Saidina Ali adalah harta akhirat yg dihasilkan oleh pendermaan dan zakat. Harta pendermaan dan zakat adalah "amanah saham" utk akhirat. Saidina Ali sendiri seorang yg sgt tak berharta fizikal walaupun baginda byk berkahwin.

    Memang tak salah mencari harta dunia sebanyak mana skali pun. Yg penting, cara kena betul dan sebahgian (ikut portion) dilaburkan pada zakat dan seikhlas mungkin derma pada yg selayaknya.

    Nabi pernah bersabda (yg membawa maksud); "Allah sayang org miskin yg beriman, tp Allah lebih sayang org kaya yg beriman".

    Pengikhtirafan org beriman yg kaya ini juga diberikan oleh Saidina Abu Bakar time dia nak minta pendapat sama ada Saidina Omar menjadi Khalifah yg baik atau tidak. Org kaya yg beriman yg dimaksudkan adalah Abdulrahman bin Auf. Dia antara 2 org yg dipanggil oleh Saidina Ali.

    ReplyDelete