Thursday, 24 November 2011

Membuat Dan Menilai Delima Aku...

Membeli Rumah

Last 2 week aku dah dapat kunci rumah aku. Alhamdulillah, siap juga rumah nie akhirnya. Pada aku, aku bernasib baik sebab tuhan telah temukan aku dengan rumah aku beli nih. Tapi sebenarnya, sebelum aku buat keputusan beli rumah nie, aku buat banyak gak survey. Aku punya range adalah dari SP utara (Sungai Lalang) sampai ke Batu Kawan. Banyak show house yang aku pi dan banyak sales man aku jumpa. Dan juga banyak kompeni yang aku pi baik dari OSK, Ambangan, sampaikan ke syarikat yang aku tak pernah dengar nama. Bukan apa, aku nak pastikan yang aku tak buat pilihan yang salah. Tak silap aku, selama 2 bulan juga lah aku tiap minggu keluar cari rumah. Sampai nak muntah aku rasa. Time tu, target aku adalah aku kena beli rumah sebelum end off 2010. 

Ini bukan rumah aku. Ini hanya gambag hiasan..

Aku kerja base on target. Semua benda yang aku buat ada targetnya. Dari brapa minit jogging panjat Balai Cerap dulu kat UTM, bila dead line nak kahwin, bila nak dapat anak dan off cause lain² yang tak boleh nak sebut. Dan alhamdulillah, 80% yang aku target dan usahakan, aku dapat. Seriusly, benda yang aku target mustahil dapat pun aku dapat. Syukran jazilan. Tapi tu rahsia besar aku. Hehehe... Tapi target aku SMART. Maknanya, sebelum aku letak target, aku akan evaluate keupayaan diri sendiri dan buat congakan asas. Bukan main sedap mak bapak je letak.

Anyway, alhamdulillah aku dah dapat kunci rumah sekarang. Last week dekat 3 jam gak lah aku ngan bini (dan juga anak aku si Pea degeduk) inspect umah utk Airmas (aku beli rumah dengan syarikat Airmas) buat final touch up. Penat jugak woo... Tu baru check, retak, kotor dan bocor. 

Renovation

Aku target utk dok kat rumah aku nie bulan February 2012 (of course, also base of culculation). Jadi, kenapa ada gap sampai dekat 3 bulan? Renovation. Aku percaya semua org yang baru dapat rumah mesti nak renovate. Paling busuk buat kitchen kabinet. Sama juga dgn aku dan bini aku (termasuk anak aku Pea degeduk). Kami pun melaram juga. Aku rasa kami semata beli majalah Dapur, Impiana dan home deco yg lain just utk pilih design je. Budget kami bukan besar jadi kami pilih design yang paling ringkas tapi paling cantik dan kemas. Dalam hal nie aku serahkan pada bini aku (dan juga Pea degeduk). Tugas aku just evaluate dan sign proposal.  Terus terang, aku tak hype sgt pada design dalam rumah. Aku lebih pada buat garden. Tak sabar nak ada tanah utk buat kebun bunga. Dah 5 tahun lebih berkebun utk ofis je.

Calculated Risk

Skarang kami dah ada design. Design nie bukan create sendri. Semua copy paste majalah. Maybe colour je lain sikit. Kini aku kena buat pilihan. Pilihan yang aku rasa menentukan prinsip aku dan pegangan aku dan juga menguji instinct aku. Dalam bidang kerja aku, aku banyak juga instinct utk solve problem. Tp tak pa lah, tak involve duit aku sgt. Tp nie involve duit yang aku kumpul. Jadi kena 120% serius dan tajam. Bukan apa, aku bukan banyak duit. Kena lah berhati-hati dan teliti kemana duit tu aku park.

Aku sebenarnya tak suka dan pandai gamble. Seumur hidup aku, aku jarang sgt gamble. Apa saja yang aku buat, aku akan culculate. In short, aku nie bukan risk taker lah. Aku tak brani amik risk. Kalu sebelum nie majoriti risk yang aku amik mesti dah culculated risk dan jatuh dalam kategori culculated risk. Even instinct aku pun berlandaskan risk culculation. Dan kalu gagal pun memang dalam pengiraan aku. So, aku tak sedey sgt. Kenapa aku macam nie? Maybe aku nie menganut fahaman Sun Tze yang tegar. Maybe boleh dikatakan The Art Of War adalah antara kitab rujukan utama lepas Quran dan Hadis. Of course, The Art of War adalah karangan manusia maka tak layak dibandingkan dengan Quran dan hadis. Namun begitu sometime, seperinci mana pun kita culculate, faktor takdir/nasib tak boleh ditolak ke tepi. Macam apa yang berlaku antara Zhuge Liang dan Sima Ye dlm kisah 3 Kingdom.    

Kini aku kena wat keputusan yang juga akan menentukan samada aku pegang pada prinsip aku atau tidak. Keputusan yang aku maksudkan adalah kepitusan nak pilih kontaktor untuk buat renivation rumah. Mungkin pada setengah org benda nie nampak kecik. Tapi pada aku nie benda besar lepas, kawin, beli rumah dan beli kereta. Duit aku limited dan aku ada limited budget. Kalu silap, mau makan ikan bilis tiap hari lepas nie utk cover short fall.

Apa Masalahnya? Teruk Sangat ka?

Dalam aku nak pilih contractor nie, dah ramai org aku tanya. Ramai sangat. Dari, parents, sahabat, staff dan saudara pakcik makcik aku. At the same time aku nie org Melayu dan aku nak org Melayu @ Muslim maju dan berjaya. Aku bukan ahli politik or pemimpin negara or whatever. Aku rakyat awam. Bila aku kata aku nak pilih kontraktor Muslim, ini bukan bermakna aku rasis. Pada aku, seorg Muslim, kalu aku tak support org Muslim lain, siapa lagi nak support? Seriusly, bangsa lain pun buat macam nie. Tak salah sebenarnya. Kalau kita tak tolong saudara kita, siapa lagi nak tolong saudara kita. Bukan kah semua Muslim itu bersaudara? Tapi yang jadi masalahnya, majoriti yang aku tanya akan cakap...

"Jangan amik kontraktor Melayu (Muslim lah tu..). Depa kerja terok! Sebelum kerja dah mintak duit. Kerja tak siap mintak duit lagi. Kalau ada problem bukan nak mai repair! Lepas tu buat muka masam! Baik amik Cina. Biag mahai sikit, tapi kerja puas hati!"   

Bukan lah exactly ikut apa yg aku tulis nie. Tapi kesimpulan adalah seperti yang aku tulis. Teruk sangat ka org Melayu kerja? Aku slalu dengar org Cina yg suka tipu dalam niaga. Tapi bisness depa masih naik. Kalu depa kuat tipu pasai pa bisnes depa makin org suka. Malah Melayu pun cari depa. Tapi cara aku tengok lani, Melayu lagi kuat menipu. Kalu menipu kerja OK tak pa. Nie kerja teruk. Pastu harap belas ihsan atas nama sesama Melayu sesama Islam! Hak tui!!!

Rumah Parent Aku

Pengalaman aku pun sama. Rumah parent aku kat Alog Setag tu org Melayu yang buat. Kononnya nak tolong org Melayu lah. Buat tandas. Sumbat. Bila minta repair, berbagai alasan depa bagi. Than bila repair, tak OK pun. Hak tui tui! Tapi bila minta Cina repair, terus OK sampai hari nie. 

Sama gak dengan extra bilik. Bila minta repair yg rosak, smapai mampus pun tak repair. Tapi minta baki duit. Hak tui tui tui!!! Itu baru rumah parents aku. Tak kira rumah pak ngah, pak dak dan lain² lagi lah. Haihhss... Kalu tak silap, ada kawan aku sorg tu nak bawa kes ke tribunal pengguna sebab kontraktor Melayu buat keja tipu dan macam "hak tui!". Masa aku kat Ipoh dulu pun sama. Kontraktor Melayu kerja macam "hak tui!". Sampaikan aku terpaksa hantar email 8 muka surat kat SGM aku time tu (yang kini CEO Suzuki) mintak utk diterminate kontraktor Melayu tu.

Inilah Delima Aku

Jadi, inilah delima aku skarang. Aku tak tau mcm mana nak buat pilihan. Semangat asabiyah jihad Muslimin aku agak kuat. Tak dicampur dgn semangat rasism Hang Tuah lagi tu. Tapi, at the same time, aku kena pikir duit aku gak. Adoi.. Jadi, what to do? 

Since at this moment, Rabu 24 November 2011 jam 9 mlm, aku still tak pilih kontraktor. Aku rasa aku nak buat cara proposal. Put aside semangat jihad dan asabiyah nationalis. Tapi aku nak tegakkan semangat 1 Malaysia, Malaysian Malaysia or what ever. Aku open tender pada semua kaum dan bangsa mahu pun agama. Biag depa buat proposal dan aku akan amik proposal yg terbaik. Hahahaaaa...

3 comments:

  1. dilema la...delima tu batu~atau buah

    oh rumah aloq staq tu memang last2 panggil cina ka? patut klear sampai la

    ReplyDelete
  2. Delima buah delima

    ReplyDelete
  3. Alamak! Salah spelling! Hak tui!!!

    ReplyDelete