Sejak dua menjak nie kita slalu dengar JAIS tahan org yg berceramah agama tanpa kelulusan. Setahu aku, isu nie jadi panas lepas kes Dr Asri kena tahan pertengahan tahun lepas. Seriusly, aku pun amat hairan, macam mana org yg berpendidikan tinggi macam dia, siap dah jadi mufti negeri Perlis boleh dikatakan tak lawak utk memberi ceramah agama?
Ahlul Politik dan JAIS
Dalam kes Dr Asri tu, aku nampak, ada beberapa tokoh politik yang tonjolkan diri utk membela dan memberi sokongan pada beliau. Yang paling aku nampak jelas adalah bekas menteri besar perlis, Datuk Shahidan Kasim. Shaidan Kasim nie org Umno, jadi aku pikir yg JAIS nie bukan puppet Umno lah. Lagipun JAIS kan stands for Jabatan Agama Islam Selangor dan Selangor diperintah oleh Pakatan.
Shahidan Kassim, Dr Asri & Huhhh!!!
Anyway lepas dari kes tu, aku dapati (melalui Blog DR MAZA) yang Dr Asri nie lebih mesra dgn PAS. Beliau banyak join PAS punya aktiviti. Dan aku nampak gak yang beliau makin berat pada PAS. So, sikit sebanyak aku punya asumption sebelum nie dah macam tak tepat. Maknanya JAIS bukan puppet Pakatan.
Than fast forward till today, born again, Bob Lokman pula ditahan JAIS kerana tiada kelayakan utk berceramah. One thing for sure, Bob Lokman dah jadi org kuat PAS. Menurut saudara Bob, kalu tak silap aku, dia join PAS sebab nak berjasa pada agama... Hahahaaaa.. Iyo lah tu...
Jd, lepas kes Bob Lokman kena waran tangkap, maka sah lah JAIS bukan puppet Pakatan. Maka, masuk episod yg JAIS nie confirm puppet Umno pulak..
Sefaham aku, isu JAIS puppet Umno ni timbul aku lepas kes serbuan di satu Chruch. Si menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid ber"statement" seolah menentang tindakan JAIS menyerbu church, tetapi Hassan Ali pula menyokong. Puak Umno pula amik side JAIS dan menjadikan perkara ini isu politik. Lepas Umno kuat belasah Tan Sri Khalid dan melagakan antara PAS, DAP dan PKR, ditambah isu titah Sultan, maka makin beratlah seolah JAIS nie puppet Umno.
Seriusly, aku naik pening dgn isu puppet nie. Isu nie sebenarnya dah over shadow isu sebenar, iaitu isu kenapa JAIS begitu strict dalam isu ceramah agama nie.
Siapa yg layak?
Kalau menurut buku yang aku tgh baca sekarang, Persoalan Kontemperori Agama, Dr Danial, sesapa saja layak memberi nasihat agama. Maknanya tak ada isu, "aku nie operator kilang je.. mana layak nak nasihat org gi sembahyang...". Malah dalam Blog Dr Asri pun, beliau banyak menyindir tindakan JAIS yg begitu tegas dalam perkara ini hingga beliau mencipta perkataan KeJAISan. Boleh baca artikel tersebut disini.
Buku yang sangat bagus dan a must read to all..
Aku sebenarnya respek Dr Asri dan aku anggap dia org yg banyak mengubah hidup aku ke arah yang lebih baik. Tp, lepas tulisan tersebut, aku sedar yg dia pun hanya manusia biasa yg beremosi. Ya, aku sedar yg tindakan JAIS menahan beliau dulu amat tak logik, tapi, tindakan JAIS tahan induvidu lain pada aku barangkali ada asasnya.
Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati
Aku bukan berkerja dgn JAIS mahupun ada saudara yg berkerja dgn JAIS. Aku org biasa yg hidup makan gaji dan kebetulan suka membaca dah "kehpochi" tentang isu semasa disamping suka berfikir benda yg luar bidang kuasa aku.
Pada pendapat aku, tujuan JAIS menjadi begitu tegas dalam bab penceramah agama adalah seperti mengikut pepatah, mencegah lebih baik dr mengubati. Apa yg aku faham adalah, berkaitan dgn intipati ceramah tersebut. Pada JAIS, bukan semua org boleh bagi ceramah kerana untuk menjaga kesucian Islam dan mengelak kecelaruan. Sebagai contoh, bila kita nak hantar anak or adik kita pi kolej or Universiti, kita akan pilih kolej yg diiktiraf supaya sijil itu melayakkan dia utk dapat kerja. Kolej or U ini diktiraf bilamana isi sukatan pelajaran yang diajar adalah betul dan tak berajaran sesat mahupun songsang. Ia juga harus mempunyai sistem peperiksaan yg ketat dan diiktiraf kualitinya. Ini adalah supaya bila engineer kelahiran kolej tersebut buat bangunan, bangunan yg dibuat tersebut kukuh dan berfungsi berlandaskan teori dan hukum fizik sunnatullah. Kalu engineer tu kelahiran kolej yang tak diikhtiraf mungkin, kemahiran dia tak lengkap dan produk dan hasil kerja engineer tersebut diragui dan berisiko.
Perkara ini lebih parah jika dipandang dari sudut agama. Ini adalah ajaran agama memungkinkan masa depan suatu bangsa dan negara. Malahan kedudukan akhirat seseorg. Kalu yang mengajar itu cetek ilmu agama, barangkali apa yg sampaikan itu sepruh masak sahaja. Lebih² parah kalau yg mendengar tu pula bebetul kosong ilmu agamanya. Maka, mulalah isu "baca buku agama sahaja menjamin jannah, membaca buku selain related to agama hanyalah dunya yg fana...." Or worse, timbullah kelas tarikat yg pelik dan lebih parah jika menghasilkan ajaran sesat.
Jadi, pada pikiran aku, geng JAIS nie sebenarnya takut ditanya di akhirat kelak tentang perkara ini kerana mereka adalah badan yg bertanggung jawab. Jadi, langkah mudah, ketatkan pemantauan dan saringan.
Nasihat Agama dan Ceramah Agama
Sebenarnya agama kita tak pernah mewajibkan yg sesapa yg nak bagi ceramah agama kena ada degree or sijil. Tapi, dalam keadaan negara kita dizaman sekarang, aku rasa peraturan ini barangkali perlu. Memberi nasihat agama secara casual berbeza dengan berceramah agama didewan, dimasjid mahupun dirumah. Ini adalah kerana faktor crowd.
Aku percaya (buat masa nie) yg tujuan JAIS adalah baik. Maybe ada yg cakap yg JAIS hanya mahu penceramah ikut kepala depa. Tp jika benar, kita perlukan bukti. Lagi pun sebagai org Islam, kita galakkan berprasangka baik, think postive dan jangan menyebarkan sesuatu yg berusur fitnah (perkara tanpa bukti).
Ini hanya pandangan aku sahaja mengikut apa yg aku nampak dan hadam buat masa nie..
macam terlalu strict pulak nampaknya jais, kan? tapi tak leh salahkan juga. still, nampak macam jadi mainan politik. apapun, JAIS bertindak.
ReplyDeletepasal artis tiba2 jadi alim, jadi penceramah. pastu kenang zaman dulu penuh dosa bergelumang dalam dunia hiburan. cait. kali ni pandangan kandar sama ngan nami.
Memang pada zahirnya nampak strict giler depa nie. Real reason kita pun tak tau why. Tp, kalu mngikut keaddan sekarang, sepatutnya depa kena strict. Why? Byk org kaya, dan golongan bangsawan moden yg terdiri dari datuk datin dan tan sri nak jadi born again Muslim setelah beberapa lupa pada tuhan. Golongan nie banyak di S'ngor. Golongan ini secara umumnya memang nak cari keredaan tuhan setelah sekian lama bergelumang dgn "saccharine" dunya. Tp yg jadi maslahnya depa punya current knowledge on Islam is very-very low. That is why, ajran yg hocus pocus macam Ayah Pin pun boleh ada pengikut yg ramai dr kalangan org berkedudukan.
ReplyDeleteJadi pemantau ketat untuk induvidu yg mahu men"didik" perlu dan sukatan "pelajaran" depa perlu ia berada dilandasan ajaran yg betul dan basic.
-Pawi-