Talking Bible?
Apa tu Solar Powered Hand Handle Talking Bible (Talking Bible)? Tafsiran ringkas adalah; Bible Berkata-kata Boleh Pegang Yang Dijana Oleh Tenaga Solar. Fuhh, panjang tu... Dari apa yg aku faham, ia adalah Bible yang boleh berkata-kata yang tak memerlukan bateri. Ia boleh hidup menggunakan tenaga solar. Saiz dia kalu ikut gambar, macam saiz hand phone jek.
Macam Walky Talky je. Tak Cool! Better pakai I Pod. Tp kena pakai bateri lah..
Aku rasa maybe ramai yg tak perasan tentang isu nie. Aku pun perasan bila aku tgk Dr Asri tulis something berkaitan dgn Dr Hassan Ali dalam Minda Tajdid dan dalam Blog Teh Tarik Gelas Besar (yg bernada sinikal) dan Trankualiti Tronoh. After that, aku pun cari sendiri dan dapat baca petikan berita utama yang dimaksudkan oleh Dr Asri. Aku baca dalam Malaysian Insider.
Berikut pula adalah tulisan berkaitan Dr Hassan (yang di ambil dari Malaysian Insider)
Hasan, who is in charge of the state’s Islamic affairs portfolio, said the state’s religious authority (Jais) had discovered that Christian missionaries were now spreading their gospel through technologically-advanced means apart from setting up welfare groups providing cash and other financial aid to single mothers and the destitute.
He added that Jais’s research showed Christian evangelists were spreading their faith to young Muslim students in free tuition classes and counselling sessions, besides distributing Christian pamphlets in public places, homes, universities and places that were ostensibly called “community centres” to carry out their evangelical work.
Dari apa yg aku paham, Dr Hassan skarang tgh risau sebab depa (dia dan Jais?) jumpa kes di mana Talking Bible nie diberikan secara percuma kepada Muslim yang merupakan prospek utk jadi Kristien. Pada pendapat aku, ini bukan satu isu pokok. Isu pokoknya adalah penyebaran ajaran Kristian. Talking Bible yang diberi secara percuma hanyalah tools atau alat.
Membaca Bible?
Seperti yg aku pernah tulis dulu (Isu Murtad), sebenarnya kita tak perlu takut dengan mubalig Kristian. Jika kita ada ilmu yang optimum, pada masa yang sama ada ilmu tentang ajaran Kristian dan tahu serba sedikit tentang Bible, aku rasa tak menjadi masalah utk kita berdepan dengan mereka. Setahu dan sepengalaman aku, sesorang takkan menjadi Kristian kalu mendengar ayat² "suci" Bible. Seriusly. Aku ada 2 Bible di rumah aku. 1 NIV dan satu lagi komik. Yang komik hanya chapter Genesis. Yang nie aku baca dah habis. NIV Bible aku baca sekali sekala atau bila aku perlu rujuk. Kalu masuk hotel pun dalam laci bilik ada Bible, aku pun baca Bible tu. No problem. So far, alhamdulillah, tak tergugat iman aku.
Personally aku dah banyak kali "test iman" aku dulu. Aku nie jenis yang suka pikir dan suka banyak soal. Aku bukan jenis yang akan accept je apa yang org cakap. Antara yang aku selalu pikir dulu adalah; Adakah Islam agama yang betul? Banyak cara aku test. Tapi, walau apa situasi, alhamdulillah aku tak tinggal solat. Walau "sekering" mana skali pun, aku tak tinggal solat. Itu akan aku criter dalam bahagian yg akan datang nanti insya'allah....
Anyway, seriusly, there is nothing to afraid off. Malah, aku menggalakkan hangpa suma baca Bible. Ya, aku galakkan hangpa baca Bible. Why? Kerana bila hangpa baca Bible hangpa akan tau bezanya Kalamullah dan Kalaminsan. Itu pun kalu hangpa pernah baca translation bahasa Melayu Quran lah... Hangpa tak perlu jadi org warak or alim ulamak utk baca translation Quran. Memang ada bahagian yg sukar. Tapi banyak bahagian yang simple dan bagus utk org biasa macam kita baca. Baca Quran dapat 1 jenis pahala. Faham maksud, tambah lagi 1 jenis pahala.
Tulisan Bible sgt berbeza dengan tulisan Quran. Bible walau pun dikatakan ada banyak pengajaran, tp apa yg aku nampak dia lebih kepada story telling. Macam "cerita". Susah aku nak explain. Along the way akan adalah kisah yg boleh diambil sebagai pengajaran. Macam kisah Si Tanggang yang mempunyai nilai moral dihujung kisah pada sesiapa yng nampak.
Contohnya, Bible mula dgn "In beginning..." atau pada "suatu masa dahulu..."; Genesis (kitab asal usul) 1.1.1. Tp Quran mula dengan "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani" ; Al Fatihah ayat 1. Itu pun dah boleh tunjuk perbezaan. Hanya manusia yang mulakan cerita dia dengan.. "pada zaman dahulu, di suatu tempat, bla bla bla...". Tu tak kira intipati dan intisari kandungan lagi tu. Antara yang hangpa boleh baca adalah kat sini. Org Kristian mungkin boleh cakap bahwa, time baca Bible kena baca maksud tersirat macam berikut;
First and foremost, the Bible is not the literal word of God. It is inspired word of God, written by man. Hence, the words in the Bible are not to be taken literally, but they are to be carefully studied, ascertaining the intention and message behind the words. The Bible is infallible in terms of the intended message.
The story of Adam and Eve is a symbolic story, which intends to give us an understanding on the origins of mankind, his place with the Creator, the fall of mankind through sin, and the consequences that came with it. It is not intended to paint the so-called women's temptress behaviour, or man's mistake of seeking to know right and wrong. That is, unfortunately, a narrow and wrong interpretation of the passage.
The story of Adam and Eve is a symbolic story, which intends to give us an understanding on the origins of mankind, his place with the Creator, the fall of mankind through sin, and the consequences that came with it. It is not intended to paint the so-called women's temptress behaviour, or man's mistake of seeking to know right and wrong. That is, unfortunately, a narrow and wrong interpretation of the passage.
Tapi, ini hanya excuse yang depa bagi untuk membenarkan apa yang depa nak pecaya. Kalu dah maksud zahir dalam bahasa yg paling biasa pun nak dikatakan ada maksud tersirat, maka memang dah payah nak dapat maksud genaral Bible. Mayba (kalu ada lah..) mubalig Kristian yang cakap aku tak dapat hidayah lagi lepas baca Bible. Well, aku mengalu-alukan mubalig Kristian utk datang bantu aku. Bukan aku nak bongkak atau sombong, tapi itu yang aku nak. Aku tak takut. Haq adalah haq, dan bathil adalah bathil. Insya'allah Allah akan tunjukkan jalan yang lurus.
Ancaman Utama Muslim
Macam yang aku pernah tulis seblum nie, ancaman utama Islam bukan Kristian, tapi Athiest. Fahaman tiada tuhan. Dan pemusnah atau perosak utama Islam juga bukan Kristian atau athiest, tapi org Islam sendiri seperti dalam hadis nabi yang bermaksud; "golongan yang merosakan agama adalah golangan pelampau".
Berbalik pada isu Talking Bible nie. Pada aku, Talking Bible nie tak mempunyai pengaruh besar tentang akidah sesorg. Kenapa? Ia hanyalah Bible. Bukan jampi serapah pukau ke apa.
Dalam kontek negara kita, jika benar jumlah Muslim murtad semakin meningkat, pada aku faktor utamanya bukan sebab ajaran Islam itu. Tapi faktor persekitaran. Antaranya "kefakiran boleh membawa kepada kekufuran". Enough said. Selain itu, faktor masyarakat Islam sendiri membuat org Islam murtad. Tengoklah masyarakat dunia sekarang. Negara yang kebanyakannya daif adalah negara majoriti Muslim. Kadar rasuah tinggi pun rata² negara majoriti Muslim berbanding negara barat. Malah kebersihan bandar org bukan Islam seperti jauh lebih bersih dari bandar² majoritinya Muslim. Jadi org biasa dan non Muslim akan nampak seolah Islam tak membawa masyarakatnya kearah kemajuan.
Kini, rata² Islam disinonimkan kalau tak dengan keganasan, ia disinonimkan dengan kemunduran. Apa tak nya, semuanya haram. Semuanya tak boleh. Semuanya hanya solat, doa, janggot, serban dan ceramah akhirat sahaja. Sebenarnya Islam melampaui semua tadi. Islam adalah cara hidup iaitu SOP kehidupan harian.
Way Forward
Pada aku, bagi lah apa skali pun, iman setiap Muslim insya'allah tak terjejas kiranya setiap Muslim dengar nasihat nabi dan mengamalkan ajaran Quran. Bukan mensekularkan Islam dengan skrip seperti; "baca sirah nabi akan membawa jannah, baca buku lain selain buku 'agama' hanya membawa dunya...".
Sebelum kita mengelabah tak tentu fasal dan sibuk menyalahkan orang lain, kita, Muslim patut tengok diri sendiri dulu. Apa yang tak kena dengan diri dan masyarakat kita. Betulkan "kita" dulu.
No comments:
Post a Comment