Tuesday 17 January 2012

Karaoke OK!

Under Pressure

Enjoy your stress! Itu lah yang boss aku cakap dalam ucapan penutupnya tempoh hari. Well, I totally agree with him. We need to enjoy our stress. Stress sebenarnya sebahgian drpd warna kehidupan dan stress merupakan salah satu punca kenapa cerita hidup kita menarik. Bayangkan dalam filem Lords Of The Ring, perjalanan Frodo nak buang cincin dalam Mount Doom tu tak dak sebarang rintangan. Best ka citer LOTR tu? Bayangkan kalu, Frodo jumpa cincin tu than dia naik bas express turun kat The Black Gate and terus menapak sambil pekena teh O ke Mount doom. Tak dak Ogre yang halang malah sebaliknya seseme Ogre bentang karpet merah siap tolong tunjuk lagi laluan... Amacam, best tak LOTR?  Hak Tuih!!!

Seriusly citer yang macam tu tak dak sapa nak tgk. Malah ia bukan suatu cerita pun. Kita enjoy LOTR bcos kita enjoy rasa stress yang dipaparkan dalam citer tu.

Pengurusan Tekanan

Having said so, stress dalam hidup kita perlu di"manage" dengan baik. Ia perlu diuruskan dengan baik supaya ia tidak menular menjadi penyakit. Stress dan pressure sebenarnya saling berkait. Bila stress kita pressure. Atau bila kita kena pressure, kita akan stress.

Contoh mcm dalam citer The Devil Advocate, lakonan En. Keanu Reeve, Pak Cik Al Pacino dan Cik Charlize Theron, Pak Cik Al Pacino (selaku Lucifer @ Iblis) telah berkata pada En Keanu (selaku anak haram Iblis dan manusia yang bakal menjadi bapak kepada si Anti Christ @ Dajjal) dalam satu sesi temuduga. Ohh, by the way si Iblis nie boss kepada firm peguam. Katanya (seingat aku lah).. "Pressure.. It can either make you focus or make you loose control...". Aku pun stuju juga dengan statement Pak Cik Al Pacino... 

Tapi aku pasti, tak dak manusia atas muka bumi nie yang boleh simpan pressure terlalu banyak. Ia juga perlu dilepaskan sedikit supaya kita boleh susun balik life kita. Ada banyak cara untuk manusia release stress. Ada yang gi cucuk langit, ada yang gi minum todi, ada yang pi "massage" dan ada yang buat benda yang aku maleh nak tulis kat sini.  Untuk aku,aku akan berkaraoke! Yearghhh!!!

Karrrockkkk!

Pada aku aktiviti karaoke @ karoke @ karock tak salah di dalam agama. Sefaham aku ianya harus. Ini berpandukan kepada kesimpulan akal berdasarkan hukum kias logika mentallica aku. Unless, ko gi karaoke dgn bukan mahram yang berisiko (seperti bohsia yang ko angkat kat shoping kompleks) dan berkelakuan tidak senonoh dalam bilik karaoke tu lah. Ini aku tulis dalam kontek seorang lelaki. Alah, kalu ko sebilik dengan laki pun dan ko dan bernafsu nafsi sesama sendiri pun salah gak kan. Pokoknya dalm bilik tu tak ble ada pasangan perangsang nafsu lah. Namun begitu, aku nie bukan orang yang arif pasai agama sangat, jadi jangan diambil aku punya pendapat sebagai pegangan.

Aku admit, dalam bilik karaoke nie, memacam benda boleh jadi. Penah dulu time aku tgh karock, Polis buat rush. Masa tu jam 1 pagi. Rupanya dalam banyak² bilik tu, aku suspek ada gak pasangan yang tak pegang mic. Depa pegang benda lain. Nauzubillahhh.... Apa tak nya, berbagai gelagat yang terkeluar dari bilik² karaoke. Budak bawah umur pun ada... Aduh, manalah parents depa?

Aku memang suka karoke. Masa 1st time aku karock dulu, aku agak kekok pegang mic. Tapi bila dah datang "sheikh", susah aku nak lepas mic. Than after that aku realise one thing. Bila aku berkarock, stress aku macam hilang atau kurang.. Actually aku rasa ramai orang akan setuju dengan aku tentang perkara nie. Bila berkarock, tetiba je rasa benda jadi mudah dan kemarahan (yang ada) akan menjadi kurang. Macam aku, aku bukan nyanyi time karock. Suara aku tak sedap dan melodi aku ghaplah. Tapi bila aku karock, aku keluarkan suara sepuas hari aku mengikut lagu. Kalu aku nak lepas geram aku akan amik lagu laju dan keras. Bila dah penat or nak rehatkan suara, aku akan amik lagu yang lembut. 

Yearghhh!!! Aku berkarock penuh semangat utk mengembalikan Semangat Yang Hilang!!

Life aku sebenarnya didominasi oleh lagu bahasa Inggeris. Time aku sekolah menengah sampai sekarang majoriti lagu dan band yang aku suka dari spesis orang putih. Bila aku kat UTM je aku start layan J-Rock. Tapi, bila aku karock, aku akan amik lagu Melayu je. Ini sebab kebanyakan lagu antarabangsa yang aku suke semuanya rare. Jadi tak dak dalam senarai lagu.

Aku personally akan selalunya karock lagu Ukays, Exist, Spider, Peter Pan, Dewa dan semestinya XPDC. Memang seleksi lagu aku tipikal budak Melayu. Kekadang aku amik lagu KRU. Kebanyakan lagu yang aku nyanyi ada kenangan personal memasing. Perkara nie biasa bcos, time memula dengar lagu tu, banyak peristiwa telah berlaku. Biasalah tu.. Macam, lagu Exist, Janji Bidadari dan Rahsia Pohon Cemara. Benda tu mestinya mengingat cinta mongek sekolah rendah dulu. Hahahaaa... Alah, mesti majoriti macam aku punya.  Dan ada juga lagu yang aku nyanyi just sebab sedap macam lagu Biskut Rendam Kopi O (Spider) dan Rasopiraso (XPDC) . Ada gak kekadang once a while terjumpa lagu orang putih. Tu pun macam lagu Beatle. Lagu Bohemiam Rhapsody (Queen) yang super famous pun jejarang jumpa. 

Antara masalah yang jadi masa karock adalah lupa tajuk lagu. Aku banyak kali jadi macam nie. Memang bengang betul. Contoh macam bebaru nie, aku nak nyanyi lagu Pertama dan Terakhir (Rusty Blade), tapi aku tak tau tajuk. Bila aku sampai rumah, baru lah aku ingat. Leceh berul..

Karock Dengan Niat Yang Betul..

Ini semua bergantung pada niat. Macam golongan berkerja macam aku, sekali sekala aktiviti macam nie memang melegakan. Aku bertuah bcos bini aku approve aktiviti karock aku. Sungguh pun begitu, lepas kawin, nie lah 1st time aku karock dgn member. By the way, karock sorang memang tak best. Karock dengan member dia ada feel lain. Feel kesatuan sesama semasa mengoyak lagu tersebut. Hahahaaa.. Anyway, ini hanya pendapat dari kisah personal aku. Pada aku karock nie OK. Asalkan hangpa tak buat benda tak senonoh time karock udah lah. Dan satu lagi. Karock tu karock juga.,tapi sebelum karock, sembahyang lah dulu.. Orait.... Karaoke OK!!


Since aku terlupa nak nyanyi lagu nie time sesi karock yang lepas, maka aku attach lagu nie kat sini. Pada aku lagu nie memang akan buat org nangis kalu dia senasib dengan lagu nie time suatu ketika dulu masa lagu nie tengah naik.. Aku? Aku just suka lagu nie sebab lagu nie sedap dan beremosi. Suara Yantzeen memang class!

4 comments:

  1. Aktiviti lepas stress faveret kandar adalah
    1. main basket-joging
    2. karok
    3. tekken 6
    4. pi taman hijau

    serius karok sangat best, tambah2 kalau dengan semua lelaki. boleh jerit-nyanyi-lompat-mencarut2 tanpa halangan. tapi tak best bila duit berkurang rm10 satu sesi,wu~~

    kat ukm ni, ada 2 tempat faveret. malaysian idol dengan alamanda. malaysian idol tu, semua lagu ada. queen sampai berpuluh ada, haha.

    *lepas exam, mungkin pi karok, haha*

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kita karock skali. Kita ajak Din, Mas dgn Farah skali. Hahahaa...

      Delete
  2. best tu karock! hahaha.. lagu apa yg selalu duk karock tu?? lagu jepun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jumpa tempat yang taruk lagu Jepun. Tapi tringin sgt karock lagu Week End (X Japan), Wake Your Dream (Move), Tonight (Luna Sea), Beast of Blood (Malice Mizer), Ichizu to Zenbu (B'z), Ibara No Namida (Lar' en Cial), Ikenai Taiyi (Orange Orange) dan semesti Glorious Days (Glay).

      So, buat masa nie karock lagu Melayu saja lah...

      Delete